mandi - hadath kecil hadath BESAR

Wednesday, March 01, 2006

PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI HADATH

Ustaz Haji Zarnia2005,
KEUNGGULAN ISLAM

MANDI WAJIB PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI
Perkara yang mewajibkan mandi (gambar) dinamakan sebagai hadath besar sementara yang mewajibkan seseorang mengambil wuduk dinamakan hadath kecil.

Bagi ulamak Hanafi perkara yang mewajibkan seseorang mukallaf itu mandi, sama ada dia seorang lelaki ataupun wanita (gambar) ada tujuh perkara.

Ulamak Maliki pula mengatakan ada empat perkara.

Di sisi ulamak Syafiee pula lima perkara sementara di sisi ulamak Hanbali ada enam perkara.
la adalah sebagaimana berikut:

1. Keluar Mani
Iaitu apabila mani tersebut terkeluar daripada kemaluan seorang lelaki ataupun wa
nita, secara seronok mengikut kebiasaan dan dengan terpancut, walaupun semasa tidur ataupun semasa jaga, dengan sebab memandang sesuatu, berfikir dan mengingati atau dengan sebab bersetubuh atau melakukan sesuatu perbuatan terhadap seorang yang hidup ataupun yang telah mati ataupun binatang.

Ulamak Hanafi tidak mewajibkan mandi dengan sebab menyetubuhi orang yang mati, binatang ataupun kanak-kanak perempuan yang tidak memberahikan.

Mani adalah air pekat yang keluar memancut sewaktu ketegangan syahwat. Mani wanita pula cair dan berwarna kekuningan. Keluar air mazi atau air wadi tidak mewajibkan mandi.

Air mazi ialah air yang putih dan agak jernih dan keluar sewaktu seseorang itu ber
mesra dengan isteri. Sementara air wadi pula ialah air kencing yang pekat yang keluar pada permulaan kencing.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh ulamak Syafiee, air mani boleh dikenali melalui cara keluarnya yang memancut beberapa kali ataupun dengan rasa seronok atau lazat sewaktu keluarnya, diikuti dengan zakar (gambar) menjadi layu dan patah keinginan syahwat, walaupun tidak memancut dengan sebab sedikit. la juga mungkin keluar dengan warna darah. la juga boleh dikenali melalui baunya.

Sewaktu basah ia berbau seperti bau tepung gandum yang di
uli dan sewaktu kering pula ia berbau seperti putih telur dan sebagainya. Jika seseorang itu keluar maninya tanpa memancut dan terasa seronok seperti ia keluar baki (gambar) daripada mani selepas mandi, maka mandinya wajib diulang.

Kesimpulannya keluar mani walaupun yang berlaku disebabkan membawa benda berat ataupun terjatuh daripada tempat tinggi ataupun semasa-mata mendapatinya di pakaian, semua itu mewajibkan mandi menurut ulamak Syafiee, sama ada ia keluar dengan keinginan ataupun tidak, dan sama ada keluar melalui saluran biasa ataupun saluran lain seperti pecah bahagian sulbinya lalu keluar mani, melainkan jika mani yang keluar melalui saluran yang tidak biasa itu disebabkan sakit, maka ia tidak mewajibkan mandi.

Ulamak Hanbali berpendapat apabila mani keluar tidak dengan kelazatan atau dengan syahwat, seperti disebabkan sakit, terlalu sejuk, cedera belakang daripada seseorang yang tidak tidur atau gila atau pitam ataupun mabuk, maka ia tidaklah mewajibkan mandi.

Dengan ini, maka mani tersebut dikira sebagai najis yang wajib dibasuh semua tempat yang terkenanya. Begitu juga orang yang menghidap penyakit keluar mani tidak berhenti tidak wajib mandi. Dia hanya wajib mengambil wuduk sahaja.

Seseorang yang mendapati ada mani di kainnya, maka dia wajib mandi. Seseorang yang mendapati dia bermimpi, tetapi tidak mendapati keluar sebarang mani, maka ulamak bersepakat mengatakan hukumnya dia tidak perlu mandi.

Ulamak Hanafi pula mengatakan sebagai langkah berhati-hati perkara-perkara berikut adalah mewajibkan mandi, iaitu sekiranya seseorang itu setelah sedar daripada mabuk atau pitam, mendapati kainnya dibasahi dengan yang disangka mani. Begitu juga sekiranya seseorang itu mendapati maninya keluar selepas dia mandi. Untuk mewajibkan mandi, ulamak Hanafi mensyaratkan mani tersebut hendaklah keluar secara memancut dan dengan rasa keinginan, sama ada bagi lelaki ataupun wanita, semasa tidur ataupun semasa jaga. Dengan itu, sekiranya mani keluar disebabkan memikul beban berat ataupun kerana terjatuh daripada tempat tinggi, maka mandi tidak wajib. Ini disebabkan maksud junub dalam Surah Al Maidah ialah mereka yang keluar mani dengan cara syahwat.

Para ulamak Hanafi sepakat mengatakan bahawa hukum wajib mandi hanya bagi mani yang keluar melalui kepala zakar dengan syahwat. Di sini, timbul perselisihan di kalangan mereka tentang adakah keinginan tersebut disyaratkan bersekali dengan keluar atau tidak? Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad, perkara demikian tidak disyaratkan. Abu Yusuf pula berpendapat ia disyaratkan.

Perbezaan pendapat mereka ini jelas dalam masalah apabila seseorang itu bermimpi dan mendapati keseronokan, tetapi maninya hanya keluar setelah dia mengambil wuduk dan bersembahyang.

Dalam kes ini mengikut pendapat Abu Hanifah dan Muhammad dia mestilah mandi, tetapi tidak perlu mengulangi sembahyangnya. Mengikut pendapat Abu Yusuf pula dia tidak perlu mandi. Jika seseorang itu mandi selepas melakukan persetubuhan, sebelum dia tidur, kencing atau berjalan, kemudian maninya keluar tanpa syahwat, maka mengikut pendapat kedua-dua mereka mestilah mandi, tetapi mengikut pendapat Abu Yusuf ia tidak perlu. Pendapat kedua-dua mereka dikira lebih cermat kerana berjunub itu adalah memenuhi keinginan syahwat. Oleh itu, apabila ia telah berlaku, walaupun terpisah telah dikira memenuhi pengertiannya.

Ulamak Maliki sependapat dengan ulamak Hanafi dan Hanbali bahawa mani yang mewajibkan mandi ialah yang keluar secara seronok mengikut keadaan biasa.

Jika ia keluar tidak secara tersebut, seperti keluar sendiri disebabkan sakit, dipukul, penyakit salas ataupun disengat kala, maka ia tidak mewajibkan mandi. Dia hanya perlu berwuduk sahaja. Begitu juga jika ia keluar secara seronok, tetapi yang bukan secara biasa, seperti orang yang menggaru gatal atau kurap di zakarnya ataupun digoyang oleh binatang yang ditungganginya ataupun masuk ke dalam air panas, maka dia tidak wajib mandi, tetapi hanya wajib berwuduk' sahaja.

Bagaimana pun dalam masalah berkaitan dengan air panas dan menggaru gatal yang bukan terdapat pada zakar (gambar) , dia tidak wajib mandi, walaupun terdapat keseronokan yang berterusan dan membawa kepada keluar mani, kerana air panas tidak berkaitan langsung dengan keinginan jimak.

Adapun di dalam masalah dibuai oleh binatang dan juga menggaru gatal pada zakar (gambar) , sekiranya dia merasa keseronokan dan berterusan sehingga keluar mani, maka dia diwajibkan supaya mandi, kerana kedudukannya hampir kepada keinginan jimak.

Seseorang yang tersedar daripada tidurnya dan mendapati pakaiannya ataupun tubuhnya basah dan dia meraguinya sama ada mani ataupun mazi, maka dia wajib mandi, kerana dengan adanya keraguan tersebut menyebabkan ia menjadi wajib.

Para ulamak sepakat mengatakan bahawa tidak wajib ke atas seseorang perempuan yang terkena mani di kemaluannya selagi ia tidak menjadikannya mengandung. Mereka juga berpendapat kebasahan yang ada pada faraj itu dikira bersih. Membasuhnya adalah sunat.


Dalil-dalil menunjukkan keluar mani itu mewajibkan mandi ialah berdasarkan Hadith Ali bin Abi Talib:

Terjemahan:

Aku seorang lelaki yang kuat keluar mazi, lalu aku tanya Rasulullah s. a. w. tentang hal itu lalu Baginda mengatakan,

"Bagi keluar mazi wajiblah berwuduk dan bagi keluar mani pula wajib mandi.

Dalam Hadith Ahmad pula menyebut:

Terjemahan:

Jika air (mani) keluar memancut, maka hendaklah engkau mandi junub dan jika tidak, maka engkau tidak perlu mandi.

Hadith daripada Ummu Salamah pula menyebut:

Terjemahan:

Bahawa Ummu Salamah telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.

"Wahai Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah S.W.T. tidak malu daripada sesuatu yang benar. Adakah seseorang perempuan itu wajib mandi apabila ia mimpi bersetubuh?
"
Jawab Baginda,

"Ya, sekiranya ia mendapati keluar air (mani).

Ummu Salamah pun menyampuk,

Adakah perempuan juga bermimpi?"

Jawab Rasulullah s.a.w.

"Bertuah betul engkau, bagaimana anaknya boleh menyerupainya.

Keluar mazi dan keluar wadi tidaklah mewajibkan mandi. la hanya mewajibkan wuduk serta membasuh kemaluan berdasarkan sabda Nabi Muhammad s.a.w.:

Terjemahan: Setiap lelaki yang keluar mazi ia wajib berwuduk.

2: Bertemu Dua Tempatt Khatan Walaupun Tidak Keluar Mani

Maksudnya ialah berjunub dengan memasukkan kepada zakar atau kemaluan lelaki atau kadarnya bagi sesiapa yang zakarnya terpotong ke dalam kemaluan (faraj) yang mampu disetubuhi sama ada qubul atau dubur, lelaki ataupun perempuan secara pilihan ataupun dipaksa dalam tidur ataupun jaga.

Mengikut pendapat ulamak Syafiee dan Hanbali, mandi tetap wajib walaupun perkara tersebut berlaku pada seorang kanak-kanak yang belum baligh. Kewajipan ini tidak disyaratkan taklif. Dengan itu, kanak-kanak, orang gila juga dikira berjunub dengan memasukkan zakarnya ke faraj dan kedua-dua mereka wajib mandi apabila sampai ke tahap sempurna.

Seorang kanak-kanak yang telah mumaiyiz dan melakukan mandi, maka mandinya itu dikira sah. Dia hendaklah disuruh melakukannya sebagaimana dia disuruh mengerjakan wuduk.

Ulamak Hanbali pula mewajibkan mandi terhadap kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun atau kanak-kanak perempuan yang berumur sembilan tahun wajib mandi apabila mereka melakukan persetubuhan. Apabila mereka mahu melakukan sesuatu perkara yang memerlukan mandi seperti membaca Al-Quraan dan yang memerlukan wuduk seperti bersembahyang dan tawaf.

Ulamak Maliki dan Hanafi pula mensyaratkan hendaklah perbuatan bersetubuh itu dilakukan oleh orang yang mukallaf (akil dan baligh). Jika ia dilakukan oleh orang yang belum mukallaf, maka mandi tidak wajib.

Bagaimanapun ulamak Maliki dalam pendapat yang muktamad di kalangan mereka mengatakan, kanak-kanak lelaki yang telah sampai peringkat remaja ataupun kanak-kanak perempuan yang disetubuhi oleh orang yang baligh disunatkan mandi.

Ulamak Hanafi pula berpendapat, remaja lelaki hendaklah ditegah daripada mengerjakan sembahyang sebelum mandi. Kanak-kanak yang telah mencapai umur 10 tahun hendaklah dilatih dengan menyuruhnya melakukan amalan mandi ini.

Ulamak sepakat bahawa mandi adalah wajib dengan sebab persetubuhan ini tanpa disyaratkan keluar mani,

kerana Hadith Aisyah yang bermaksud:

"Sesungguhnya air (mandi) adalah di sebabkan air (keluar mani),"
telah dimansuhkan mengikut ijmak ulamak.

Hanya ulamak Hanafi sahaja yang mengecualikan perbuatan menyetubuhi orang mati, binatang dan kanak-kanak kecil yang belum menimbulkan keinginan jika tidak merosakkan daranya, maka mandi hanya wajib jika keluar mani. Oleh itu, sekiranya tidak keluar mani dan kanak-kanak kecil yang disetubuhi itu pula tidak rosak daranya, maka tidak wajib dia mandi dan mengambil wuduk. Dia cuma perlu membasuh zakarnya sahaja kerana perbuatan ini tidak dikehendaki mengikut tabi'i yang normal.

Jumhur pula berpendapat bahawa mandi tetap wajib dengan melakukan persetubuhan terhadap mayat dan binatang, kerana ia tetap merupakan memasukkan zakar ke dalam faraj sama juga seperti yang melakukan terhadap manusia sewaktu dia masih hidup. Menyetubuhi manusia perempuan yang telah mati termasuk dalam keumuman hadith-hadith yang mewajibkan mandi seperti yang akan disebutkan.

Sama ada persetubuhan itu dilakukan dengan berlapik ataupun tidak, maka mengikut pendapat ulamak Maliki dan Syafiee ia tetap mewajibkan mandi.

Ulamak Maliki berpendapat bahawa wajib mandi tersebut sekiranya balutan (gambar) yang meliliti zakar itu tipis. Jika ia tebal, maka mandi tidak wajib. Ulamak Syafiee pula tidak membezakan sama ada balutan itu tipis atau tebal, dia tetap wajib mandi.

Ulamak Hanafi dan Hanbali pula berpendapat, dalam masalah jimak yang dilakukan dengan berlapik adalah tidak wajib mandi sekiranya tidak keluar mani seperti dengan membalut zakarnya dengan kain ataupun menyarungnya dengan kondom.

Ulamak Syafiee dan Hanbali pula mensyaratkan persetubuhan itu dibuat terhadap faraj yang asli. Memasukkan zakar ke faraj yang tidak asli tanpa keluar mani tidaklah mewajibkan mandi, seperti seorang lelaki yang memasukkan zakarnya ke qubul seorang khunsa, kerana ia tidak diyakini mempunyai faraj yang sebenar. Begitu juga sebaliknya, seorang khunsa yang memasukkan zakarnya ke qubul atau dubur seorang lain tanpa keluar mani, kerana tidak terdapat perbuatan memasukkan hashafah yang sebenar dengan yakin.

Ulamak Maliki dan lain-lain mensyaratkan, hendaklah perbuatan memasukkan zakar itu berlaku terhadap faraj (gambar) yang mampu disetubuhi.

Dengan itu, mandi tidak wajib sekiranya persetubuhan itu dibuat terhadap faraj yang tidak mampu, ataupun yang bukan faraj seperti menyelitkannya di celah paha atau perut ataupun di celah bibir faraj ataupun hanya dengan bertemu dua khatan tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj dan begitu juga bersetubuh di antara dua wanita tanpa mengeluarkan mani.

Dalil yang menunjukkan wajib mandi dengan sebab bersetubuh ini ialah firman Allah S.W.T.:
Terjemahan:

Jika kamu berjunub, maka hendaklah bersuci. . (Sarah al-Maidah 5:6
Begitu juga berdasarkan Hadith-hadith yang banyak di antaranya ialah Hadith:

Terjemahan:

Apabila bertemu dua tempat khatan, maka wajiblah mandi, walaupun tidak keluar mani.

Dan Hadith lain yang bermaksud:

"Apabila seseorang itu berada di antara empat cabangnya kemudian melakukan kerja, maka wajiblah ke atasnya mandi."

Imam Ahmad menambah dengan
berkata, "Walaupun tidak keluar mani."

Juga Hadith:

Terjemahan:

Apabila ia duduk di antara empat cabangnya kemudian bersentuh tempat khatan keduanya, maka wajiblah ia mandi junub.

Imam al-Tarmizi menggunakan ungkapan yang bermaksud:

"Apabila tempat khatan melepasi tempat khatan, maka wajiblah mandi."

Hadith Ubay bin Ka'ab pula menyebut bahawa fatwa yang mereka katakan dahulu berdasarkan air (mandi) adalah dengan sebab air (keluarnya air mani), merupakan rukhsah yang diberikan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. pada permulaan Islam kemudian selepas itu Baginda telah memerintahkan kami agar mandi.

Dalam ungkapan yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi pula yang mana disahkan oleh beliau menyebut bahawa sesungguhnya mandi hanya apabila keluar mani itu merupakan rukhsah di awal Islam, selepas itu ia adalah dilarang.

Dengan ini, jelas menunjukkan bahawa Hadith Rafi bin Khadij yang dicatatkan menurut Ahmad yang menyebut air (mandi) adalah dengan sebab air (keluar mani) telah dimansuhkan.

Dan ini menolak pendapat kaum Ansar yang mengatakan mandi tidak diwajibkan dengan persetubuhan yang tidak mengeluarkan mani, kerana hadith-hadith yang telah dikemukakan jelas menunjukkan wajib mandi dengan bertemu dua tempat khatan, sama ada keluar mani ataupun tidak.

Ijmak juga telah terbentuk di kalangan sahabat tentang itu. Bertemu dua tempat khatan bukanlah hanya bermaksud keduanya bertemu atau bersentuh, tetapi juga berselisih. Ungkapan ini adalah ungkapan majaz yang bermaksud membenam atau memasukkan hashafah ke dalam faraj. (INI BELUM memasukan hashafah)

Ini ialah kerana makna khatan ialah tempat di mana dilakukan khatan pada lelaki dan perempuan. Tempat khatan bagi wanita adalah di atas daripada tempat keluar kencing sedang tempat kencing ini berkedudukan di atas lagi daripada tempat masuk zakar.

Ulamak Hanbali dan lelainnya menjelaskan bahawa wanita yang mati dan disetubuhi hendaklah dimandikan semula.

Rujukan : Fiqh dan Perundangan Islam Dr Wahbah Al Zuhaili
LAIN-LAIN.
Gambar hiasan isteri bersalin pakaian untuk mandi dalam sungai air terjun perkampungan dipergunungan Sabah.